Thursday, December 13, 2007

~Kalu dah slalu bwk keter lelaju tue.....

Schumi pecut teksi


BERLIN: Bagi memastikan beliau tiba tepat di lokasi yang menjadi tujuannya, Michael Schumacher membuat keputusan mengejut dengan memandu sendiri teksi yang digunakan untuk membawanya ke sana sekali gus dianggap sebagai pemandu teksi paling pantas di Jerman.

Schumacher, 38, bergegas masuk ke lapangan terbang di bandar Bavarian, Coburg, Sabtu lalu sebelum menahan teksi untuk menuju ke perkampungan di Gehuelz, berjarak 30 kilometer bagi mengambil anak anjing barunya - baka Shepherd Australia bernama ‘Ed’.

Tetapi apabila bekas pemandu Formula Satu, isteri dan dua anak lelakinya dalam perjalanan pulang kembali ke lapangan terbang, mereka kesuntukan masa dan selepas meminta izin, pemandu teksi, Tuncer Yilmaz berdepan dalam situasi mendebarkan apabila Schumacher mengambil alih tempat duduk sebagai pemandu.

“Saya berasa cukup pelik apabila berada di tempat duduk penumpang tapi dengan Schumi memandu teksi saya, ia bertukar menjadi pengalaman yang menakjubkan.


“Dia memandu dengan kelajuan maksimum pada setiap selekoh dan memotong di beberapa posisi mustahil,” kata Yilmaz kepada Muenchner Abendzeitung.


Yilmaz menerima bayaran lumayan atas perjalanan luar biasa itu - selain tambang berjumlah AS$88 (RM308), dia turut menerima AS$146 (RM511) sebagai tip.

Jurucakap Schumacher, Sabine Kehm mengesahkan kejadian terbabit.

Jaguh kelahiran Jerman itu yang kini menetap di Switzerland, mengumumkan persaraan daripada Formula Satu pada 2006 selepas mengecap karier gemilang dan sekalipun terbabit selaku pemandu ujian pasukan lamannya, Ferrari, dia menegaskan tidak akan kembali berlumba. - AFP

Petikan menaik dari Harian Metro....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...