Wednesday, February 27, 2008

Kek Kesukaan Ramai Berintikan Ulat...


KUALA LUMPUR – Orang ramai yang ‘kepingin’ menikmati keenakan hidangan di Secret Recipe haruslah berwaspada dan menitik berat soal kebersihan dan kualiti produk yang dikeluarkan bukan hanya sekadar menilai dari sudut luaran sahaja.

Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar kek yang terpaksa menanggung kesakitan kerana termakan “kek berintikan kulat.” Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar kek antarabangsa dan terkemuka kerana menjual kek yang berkulat.


Mangsa mendakwa tertipu dengan kek dan bungkusan yang menarik selepas membeli kek itu di sebuah kedai kek Secret Recipe di Bukit Bintang. Menurutnya, beliau keluar membeli kek tersebut di kedai kek Secret Recipe pada 3 Januari lalu sekitar jam 10.53 malam. Beliau kemudiannya membeli dan terus pulang ke rumah untuk dimakan bersama keluarga tetapi setelah separuh kek dimakan, beliau mendapati bahagian dalaman kek itu telah berkulat.

Akibatnya, beliau bersama keluarga terpaksa dikejarkan ke klinik selepas muntah dan cirit-birit berlarutan dari pagi hingga ke petang. PPIM juga menerima aduan dari orang ramai yang was-was dengan status halal Secret Recipe kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan kek keluaran syarikat tersebut.

Setelah aduan dibuat dan perbincangan antara pihak PPIM dengan Secret Recipe, Secret Recipe telah menawarkan habuan berbentuk baucer bernilai RM200.00 kepada PPIM untuk menutup kes ini.

Sungguh tidak wajar sekali syarikat itu menilai kepentingan pengguna hanya dengan baucer bernilai RM200.00. PPIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan pengguna selaras dengan tanggungjawabnya sebagai sebuah persatuan yang melindungi pengguna dari perbuatan khianat pengusaha-pengusaha yang tidak bertanggungjawab.

Masyarakat pengguna Islam perlu bijak menggunakan kuasa pengguna mereka. Sokonglah produk milikan Islam demi kepentingan ekonomi ummah.


p/s: Tadi ke laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia, terjumper artikel nie... Rupe2nye, sistem penjualan diorang nie, bley dikatakan lemah jugak la kan, sbb kek yg berkulat camnie pun, diorang bley "terjual"....So, kpda sesape peminat kek jenama nie, korang kne berhati2 la lepas nie yerk....Takut2 terkena.... Adios....

2 comments:

sitinurkhadijah said...

hohoho.
br igt nk g bli ari ni tdk pas klaz.
tghari tdk.
pas tu xjdk cz g lunch tmpt len.
then igt nk g bli gakz pas abesh klaz ptg kol 4pm tdk.
last2 xjdk cz fenat.
tbe2 bace artikel ni...
trusss....
hwaaaaaaaaaaa.... xjdk bli...!!!

syafeeq said...

nk mkn, bley jerk sbnrnye, tp kne berhati2 la lepas nie.. bkn setakat nk beli kek nie jerk, brg lain pun, same jugak...... :D per2 pun, jadikla pengguna yg bijak... hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...