Saturday, September 05, 2009

~Alahai.. giler rr...

Porsche, Mercedes RM1.2j dilarikan 4 penjenayah

KUALA LUMPUR - Sekumpulan empat penjenayah yang memecah masuk rumah seorang peniaga telah melarikan sebuah kereta Porsche Cayenne dan Mercedes B170 yang kedua-duanya bernilai RM1.2 juta di Jalan Bukit Desa 6, Taman Desa di sini semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, semasa kejadian pada pukul 3.45 pagi, kumpulan suspek itu memecahkan pintu depan rumah teres dua tingkat itu dan mengumpil jeriji besi sebelum mengambil kunci kedua-dua buah kereta mewah itu.
"Pasangan suami isteri bersama seorang anak mereka tidak sedar rumah mereka diceroboh," kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, di ruang tamu rumah itu, suspek-suspek mengambil kunci kedua-dua buah kereta mewah milik peniaga itu.
"Bagi membawa keluar kedua-dua buah kereta itu, wayar pada pintu pagar automatik di rumah itu dipotong," kata beliau.
Alahai... giler sian.. huhu.. kalu aku, pagi2 tgk moto aku takde, dah cuak giler dah, ini Porche, ngn Merc tue!! huhu...

Nota Selingan : "Menatap indahnya senyuman di wajahmu Membuatku terdiam dan terpaku.."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...