Thursday, January 03, 2008

~Exm dah hbs.. :)

Yea....!! tadik dah hbs exm... first and the last exm for this sem.. hehe... mmg le, amik satu subject jerk... hehe... Kepada member2 yg lain, selamat berjuang hingga ke titisan dakwat yg terakhir.. hehe... esok, dan luser (5hb Jan) , ader yg amik exm lagik....Soklan tadik, nak kate senang, takde la senang sgt.. ader gak yg susah.... tp, aku yakin ngn ape yg aku wat... so, InsyaAllah,kiter tgk je la nnti result camne kan.. hehe...

Menjelang thn baru, satu negara dikejutkan dengan spekulasi dvd lucah seorang Menteri yang tersebar di sekitar Batu Pahat dan Muar... Dan pada keesokkan ari nye, bekas Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek, mengaku, yg lelaki tue ialah dirinya. Terkejut, kerana Dato' Chua ialah salah seorang Menteri dari kerajaan Pak Lah yang aku kagumi. And of course la, yg paling aku kagumi kepimpinan yg mmbawa begitu bnyk perubahan dlm negara ialah Dr. Mahathir, yang sehingga kini , org masih pertikaikan pembangunan yang dibina hampir 2 dekad memerintah.Entah lah, ape lah yg diorang nk sebenarnyer kan..

Bagi aku, kisah Dr. Chua ini, adalah lebih bersifat peribadi, tp, biase la, once u become a public figure, lebey2 lagik seorang Menteri Kanan Malaysia, org dah berpandangan serong. Bak kater pepatah, hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh kerana kes yang terjadi hampir 8 bulan lalu, org lain sudah lupa khidmat beliau selama 23 tahun dlm bidang politik.Waaa.... begitula senario politik.Begitulah buruknya penangan politik orang yang tamakkan kuasa. Sanggup menjatuhkan air muka lawan (mungkin kawan juga) sehingga sebegitu rupa.

Tetapi yang patut diinsafi ialah, bagaimana sekiranya Allah ingin menjatuhkan manusia ke tahap yang sehina-hinanya, Dia boleh melakukannya dalam masa sekelip mata. Dalam masa 3-4 hari, seorang Menteri Kanan Malaysia yang sangat dihormati di mata masyarakat, tiba-tiba sahaja menjadi manusia biasa yang tidak berjawatan seperti aku dan juga saudara yg mmbaca. Mungkin beliau tidak akan dipandang lagi walaupun hanya sebagai seorang doktor.

Walaubagaimanapun, dalam Islam, satu perkara penting di dalam Islam ialah menjaga kehormatan dan menutup keaiban seseorang. Dato' Seri Dr. Chu Soi Lek dengan berani telah mengaku kesalahannya dan meletakkan semua jawatannya di dalam pentas politik dan kepimpinan negara. Jadi biarkanlah beliau dengan keluarganya bersendiri menempuh saat-saat sukar begini.

Huhu.. kuar topik la ari nie.... entah camne, bley post psl politik plak... haha... takpelah, sekali skala... neway, kpd kengkwn, tlg kasik komen korang.... aper yg korang rase psl kes ini.... nak tau gak kan, aper pndapat korang... k la..... adios....


Dr.Mahathir ketika di LIMA


PM (Dulu dan Sekarang)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...